ikan kelaparan...please feeds them by clicks inside the pool...

Wednesday, March 10, 2010

Cinta Ringgit Malaysia


harini aku just nak bercerita tentang duit....

ramai orang sekarang jadi hamba duit...
betul x???
ble sebut duit aku teringat lagu hattan...
duit duittttt dimana kau duitttt...??mesti korang pernah dengar lagu tu kowt...
ada satu lg lagu yg sebut pasal duit tapi hati aku sgt terhibur kalau dengar lagu tu....lagu M.Daud Kilau...tajuk "gila judi"
macam ni lagunya...
"banyak orang gila judi 2x....hai judi merosak diri...banyak yg setengah mati.....
haii 1 ringgittt 2 ringgitt 3 ringgit ammmmpatttttt ringgit lah limaaaaaaaaaaaaaa~ ringggggiiitttttttt~*tarikkk panjang*
hahahhahaha
kelakar betul lah lagu tu tp penuh nasihat.....bgus untuk didengar oleh si kaki judi...

tp apa yang sedang melanda aku sekarang ialah kegilaan untuk mencari duit RM yg ada special note...
macam contoh dalam gambar ni...
yang duit RM 50 tu....
cube tgk no siri duit tu.... RM 8888888...hahahaha
gila lah kan???
dan aku xmampu lah nak memiliki duit tu...sekadar save gambar jelah...
hahahahha
menarikkan hobi aku ni???
and lately ni setiap kali nak wat bayaran kat kaunter xkira lah mana2...kat shopping mall ke... warung ke... kedai makan ke ....tuan umah datang kutip sewa umah ke...Bangla kerja stesyen minyak mintak duit minyak ke...abang jual tisu sengau "bang tishuuuu dhuaaa shengget" ker...yang firstttttt skali aku akan cek no siri duit aku tu sebelum hulur...hahahahaha
ni ada satu kisah...
haritu duit las dalam wallet aku ada rm10 no siri ZC aku suh sukun simpan...hasrat nak lelong tp malas....duit kertas no siri start Z ialah duit tambahan yg dikeluarkan oleh BNM semasa kekurangan matawang dalam pasaran money market...so duit kertas yang bernombor sirikan Z mmg rare korang akan jumpa....

apa yg dapat disimpulkan?
aku pun xpasti...
tp yang penting berbelanjalah mengikut keperluan..jgn kedekut sgt...jgn simpan duit...berbelanja lah supaya ekonomi Malaysia akan terus meningkat maju...korang peram duit bawah bantal pun bukan boleh beranak...simpan lah wang di institusi yang sah dan berlesen...BUKAN DENGAN SKIM MLM TG TIDAK MENJAMINKAN...kalau simpan duit je pun akan menyebabkan inflasi...
seimbangkan lah perbelanjaan anda....

tetapi ...
apakah kegilaan yang sedang melanda diri aku ini???
dapat korang jelaskan kat aku?
p/s:aku ada simpan duit kertas rm 1 yg lame sebanyak 5 keping dalam wallet aku...dan juga beberapa duit kertas lama...

Sunday, March 7, 2010

Have you meet Sangeetha, Vijay, Sharlini, Carol and Jenny ???


halooooo everyone...

just now aku baru balik dr hangout bersama mereka....
harini aku nak bercerita tentang rakan2 baru aku...
mereka adalah kawan2 kepada Atikah Selamat...
siapa Atikah Selamat???
Atikah Selamat merupakan pelajar jurusan kewangan yg merupakan rakan kepada Sukun.
Siapa pula Sukun???
Sukun merupakan hausmate aku merangkap roomate aku juga lah...
kami tidur sekatil setiap hari...*jangan salah anggap kerana kami tidur di master bedroom yg ada tilam queensize ... so kami berkongsi tilam yerr....
hmmmmm...
walaupun kadang2 aku tido kat sofa luar xbermakna aku xlayak digelar roomate die ok....
tatapi tuan2 dan puan2 sekalian hadirin hadirat semua itu bukanlah topik yang mahu aku kongsikan pada waktu malam begini...
kembali kepada 5 orang sahabat baru aku...
mereka merupakan bekas pelajar sekolah methodist girls school melaka...
kebetulan yg sama antara aku dan mereka ialah aku juga tamat sekolah dari sekolah yg sama aliran dengan mereka yakni satu jantina:HIGH SCHOOL.
pertemuan bermula dengan melepak di sebuah cafee bernama "elephant" (*aku x pasan sgt la name cafe tu) dan berlanjutan ke kedai makan Limbongan Kota Laksamana...
dan akhirnya telah wujud titik persahabatan antara kami semua...
ternyata ada keserasian antara kami dan sebenarnya inilah yang boleh dikatakan antara usaha2 kearah menjayakan konsep 1 Malaysia...
kami begitu selesa berkomunikasi antara 1 sama lain...
saling menghormati antara 1 sama lain...
antara yg menarik ingin aku kongsikan ialah...
aku akhirnya dapat berkenalan dgn seorang gadis berketurunan Baba Nyonya...!!
Carol merupakan gadis kacukan Baba Nyonya dan Bidayuh(sebelah ayah dia)...
petah bertutur dalam Bahasa Melayu...
dan orangnye sangat cool:))
sebenarnya semua pun cool jugak !!!
tapi sebab kuat Carol jd special ialah antara wish lists aku adalah nak berkenalan dengan seorang gadis Baba Nyonya dan seorang gadis keturunan Portugis sementara aku belajar kat Melaka ni...
Itu yg aku teruja sikit:))
so lepas ni aku akan try mencari seorang rakan yg berketurunan Portugis untuk fullfill another wishlists aku...
harap2 adalah nanti antara pembaca blog aku ni seorang Portugis....
hehehehehe...
berikut adalah rantaian persahabatan aku dan mereka...
aku>>>sukun(hausmate aku)>>>tika(classmate sukun)>>>Sangheeta, Sharlini, Vijay, Jenny, Carol(ex-schoolmate tika)
kesimpulannya berbuat baiklah kepada semua tanpa kita perlu membeza-bezakan siapa orang tu...
belajar menerima dan menghormati orang lain...
pasti akan timbul keserasian...
hasilnya pasti kita akan bertambah ramai kawan dan boleh hidup dengan gembiraaaa...
its nice to meets u guys Sangheeta, Sharlini, Vijay, Jenny, and Carol !!! :))
korang memang best!!!

Saturday, March 6, 2010

saya berazam menjadi blogger sepenuh masa.

saya berazam mulai hari ini...

untuk sentiasa mengemaskini segala rutin kehidupan saya disini...
mari kita mulakan dengan bismillahhirrahmannirrahimmmm:))
*hujan lebat turun dengan tidak semene2nya...
6/3/10 2.25am