ikan kelaparan...please feeds them by clicks inside the pool...

Sunday, May 9, 2010

Falun Dafa: menyingkap kisah kekejaman yang berlaku dalam realiti hidup




sehabisnya paper international banking dan investment petang tadi telah mengakibatkan kelukaan yg parah didalam hati ini....mana taknya...penat study tapi soalan yg keluar ntah apa2...

lantaran kononnya ingin membawa jiwa sedih...
aku telah megambil keputusan untuk menunggang "kuda" lalu menuju ke Bukit St Paul dengan berbekalkan air tin F&N fruitade buah-buahan*tin kaler hijau* dan sebungkus twiesties BBQ aku pun panjatlah Bukit St Paul...
begitu ramai sekali orang yang datang..al maklumlah..hujung minggu...
tapi bukan itu persoalan yg aku ingin rungkaikan...
persoalan bermula setelah aku turun bukit tersebut dan melewati sebuah muzium...
dihadapan muzium tersebut kelihatan 2 orang manusia yg menarik perhatian aku; seorang lelaki dan seorang perempuan...*juga bukanlah kecantikan atau ke hotnessan die yg aku pandangkan...

dihadapan mereka ada 3 keping banner yang dihamparkan ...
ada yang menggunakan bahasa mandarin ada juga yang menggunakan bahasa inggeris...
sekali pandang seperti pengemis miskin yang ingin meminta sedekah rupa mereka...
tapi pengemis apa yang menghamparkan banner sebegitu besar seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan.....
aku melewati lelaki pertama tanpa sebarang sapaan..
mungkin tiada tarikan intergender berlaku...
sebaik menghampiri wanita tersebut aku melemparkan senyuman yang menyebabkan beliau menahan aku seperti mahu member sesuatu...
sesuatu yg pada aku patut dikongsikan dengan dunia...
beliau menyampaikan aku sekeping ketas berukuran sebesar suratkabar kosmo 4 halaman bercetak dilipat dua...
bersungguh beliau cuba bercerita pada aku akan apa yang cuba disampaikan kepada dunia...
seolah2 akulah pengantara antara dia dan dunia...
wajahnya mengharapkan sesuatu dari aku...
tidak berhenti2 mengharapkan aku supaya berkongsi dengan org lain akan cerita ini...
sambil menunjukkan laman web yang terpapar pada lampiran akhbar itu kepada aku supaya aku mendapat gambaran lebih jelas...
beliau cuba bertutur dalam bahasa inggeris dengan aku...
pelat lidahnya aku dapat tahu yg die bukanlah warganegara Malaysia...
kalau die warganegara Malaysia sudah pasti dia bertutur bahasa melayu dengan aku...
sudah semestinya beliau warganegara China kerana beliau mempertahankan hak2 dan nasib orang Cina di negara China yang tertindas oleh kerajaan sendiri...
beliau mewakili persatuan Falun Dafa...

1.Falun Dafa berasal di utara China diperkenalkan pada tahun Mei 1992...
klik sini untuk lebih maklumat lebih lanjut.

2.memperkenalkan 5 set latihan gerak badan.

3.Falun Dafa bukan sejenis agama ataupun fahaman politik tetapi sejenis senaman yang berkonsepkan keharmonian hidup kepada para pelatih dan boleh mengembalikantaraf moral masyarakat.

4.mempunyai seratus juta ahli di lebih 114 buah negara diseluruh dunia.

5.memperoleh lebih 1000 jenis sijil penghargaaan daripada kerajaan2 seluruh dunia.

6.sebelum diharamkan...Falun dafa mendapat sokongan penuh dan pujian dari kerajaan China.

7.oleh kerana pertambahan ahli dari semasa ke semasa betambah secara mendadak melebihi Parti Komunis China,diktator Jiang Zemin bersikap hasad dengki memberi arahan untuk menindas dan mengharamkan Falun Gong pada 20hbJulai 1999.

8.sejak dari itu pelbagai penindasan telah berlaku pada orang yang menganggotai pertubuhan tersebut...wanita ditahan oleh polis dan dirogol serta diseksa...diletakkan bersama2 banduan lelaki dalam satu penjara yang sama...peserta lelaki juga diseksa begitu teruk dengan buluh runcing...bayi 8bulan diseksa dengan menggantungkannya secara terbaik sehingga mati bersama ibunya...

9.sejak julai 1999 seramai 3292 orang pelatih falun gong mati diseksa...21 000 org dihantar tanpa perbicaraan...dan ramai lagi...

10. 60 000 orang telah mengalami transplanstsi tanpa kerelaan semata2 memenuhi kehendak pasaran organ dalaman untuk pasaran gelap...organ didapati dari tubuh mayat yang telah mati di seksa oleh Parti Komunis China...itulah punca mengapa China merupakan pembekal organ dalaman terbesar didunia.
maklumat lanjut sila klik http://cipfg.org/en/index.php?news=230

11.setelah transpantasi berlaku,mayat akan dibakar bagi menghilangkan bukti.itulah punca kepada mangsa penjara hilang gagal dikenalpasti punca kehilangan.Sesetengah dibakar secara hidup2 setelah berlaku transplantasi...

melihatkan wajah perempuan itu menceritakan kepada aku aku faham apa yg ingin disampaikan...
penindasan masih berlaku dimuka bumi ini..apakah tanggungjawab anda untuk memberhentikan kekejaman seperti ini?
bersyukur aku lahir di Malaysia yang tidak sekejam itu...
aku juga insan kecil yang tak berdaya..sekadar berkongsi kisah supaya akan ada pihak2 kuat yang mampu berbuat sesuatu...
p/s:wanita China itu pasti gembira jika tahu aku menghebahkan cerita ini pada dunia....

2 comments:

taz said...

kesiannyaaaa T___T kenapa kejam sangat???

Anonymous said...

bravo....info yang sangat menarik perhatian aku wafi...

bagus... keep it up...