ikan kelaparan...please feeds them by clicks inside the pool...

Tuesday, May 10, 2011

bulan tujuh yang tak akan sampai.

kalau dihitung memanglah sekarang bulan may.bulan julai akan tiba.tp bukan kalender yg aku nak ceritakan sebaliknya sekitar yg terjadi dalam kurang tujuh bulan tu.hmmmm.ketahuilah wanita adalah makhluk paling aneh sekali.inilah makhluk paling tersukar kau nak fahami.dalam sekelip mata mereka boleh berubah tanpa kau sangka.kenapa die berubah itu yg buat kau terkaji-kaji.walaupun sebenarnya kau tahu kebenaran dan hakikat yang terjadi, aku diamkan saja macam tak tahu apa2 yg jadi dlm hidup kau.sepatutnya kau malu atas perbuatan kau tu.biarlah lena diulit intan, mmg lumrah dunia kelak penyapu tua dan buruk tidak berguna lagi.masa tu barulah kau sedar siapa kaca siapa permata.sememangnya kau kejam persenda nilai sebuah kejujuran dan kesetiaan.memang aku berat nak padam semua kenangan kita bersama.siapa yg rangkul engkau masa kau susah.siapa yg lihat airmata kau??mgkin kau xpernah fikir semua tu.siapa yang tenangkan kau masa sedih.begitu senang kau pergi seolah-olah tiada apa yg berlaku semata2 demi kepentingan diri.kau sia-siakan masa depan kau.oh malangnya engkau.memang engkau yg berubah bukan aku.engkau bukan yg dahulu aku mula kenal.biarlah org yg pandai menghargai apa itu nilai perhubungan dan pengorbanan terus untung dalam perhubungan.dan aku tak rugi apa2 dan tak pernah kesal kenal kau malah bersyukur atas pengajaran ini.satu pesan aku.kau tinggalkan aku ketika susah, jangan cari aku bila aku senang nanti.ada saatnya mmg terlambat utk kau kembali.
"u could be mad as a mad dog,
at the way things went,
u could swear, curse the fates,
but when it comes to the end,
U HAVE TO LET GO..
"
cukup mudah bagi kau membuat simpulan.bila cukup aku kuat aku pergi tinggalkan semua seperti kau pinta.jangan dicari kemana aku pergi itu syaratnya.aku lepaskan semuanya.tiada dendam tiada sengketa.smpai ketika akan aku maafkan kau juga suatu hari nanti.biarkan kenangan kita bersemadi di sepanjang tepian Sg Melaka.sememangnya pohon bakau itu lebih memahami.biarkan kenangan itu berkocak bersama air sungai lalu bebas ke Selat Melaka.Sejarah Melaka mangkat bersama perasaan ini.

Tuesday, October 26, 2010

ini target saya !!!


saya nak bgtahu dunia...

saya tak pandai ...
tp yang saya tahu saya kene dapatkan ini untuk sem ini.
ini target result saya.
saya kena buat macam ni untuk cabar diri saya !!!
untuk sebuah rumah besar...sebiji kereta BMW idaman...
SAYA PERLU BERUSAHA DARIPADA SEKARANG !!!
bye~

Tuesday, July 27, 2010

10 perkara dot dot dot8x


mari aku update 10 perkara yg rawak dalam fikiran aku sekarang untuk tatapan para pembaca blog aku juga para follower aku.


1.LOOOOOOMOOOOOOO-tak sabar nak g develop 1st roll filem aku.anda PEMINAT SENI LOMOGRAFI???
2.internship!-kat mana tempat paling praktikal untuk praktikal???
3.(HAVE BEEN DELETED FOR SOME REASON)
4.homesick.-lama plak rasa tak balik rumahhhhh.
5.aku dah berenti keje OLDTOWN.*skang ni heboh isu kaki katak kat oldtown kan?
6.berkawan dengan nepal2 dan bangla kat jusco tu kadang2 ada bagusnya.
7.kepala aku migrin la rasanya kebelakangan ni.
8.suara siapa menyanyiii sebaik keluar dari bilik tu???*suara die sedap la tuuuuu
9.owhhhh IBUC pun ada dalam minda aku....jumpe di Kem Lambain Danau Jasin weekend ni.
10.hyeeeee my 8 years old secret admirer...i dah besar dah skang...dah tak comel macam dluuu lg kot;p

sekian buat masa sekarang...menyusul lagi kemudian hari...
:)

Sunday, May 9, 2010

Falun Dafa: menyingkap kisah kekejaman yang berlaku dalam realiti hidup




sehabisnya paper international banking dan investment petang tadi telah mengakibatkan kelukaan yg parah didalam hati ini....mana taknya...penat study tapi soalan yg keluar ntah apa2...

lantaran kononnya ingin membawa jiwa sedih...
aku telah megambil keputusan untuk menunggang "kuda" lalu menuju ke Bukit St Paul dengan berbekalkan air tin F&N fruitade buah-buahan*tin kaler hijau* dan sebungkus twiesties BBQ aku pun panjatlah Bukit St Paul...
begitu ramai sekali orang yang datang..al maklumlah..hujung minggu...
tapi bukan itu persoalan yg aku ingin rungkaikan...
persoalan bermula setelah aku turun bukit tersebut dan melewati sebuah muzium...
dihadapan muzium tersebut kelihatan 2 orang manusia yg menarik perhatian aku; seorang lelaki dan seorang perempuan...*juga bukanlah kecantikan atau ke hotnessan die yg aku pandangkan...

dihadapan mereka ada 3 keping banner yang dihamparkan ...
ada yang menggunakan bahasa mandarin ada juga yang menggunakan bahasa inggeris...
sekali pandang seperti pengemis miskin yang ingin meminta sedekah rupa mereka...
tapi pengemis apa yang menghamparkan banner sebegitu besar seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan.....
aku melewati lelaki pertama tanpa sebarang sapaan..
mungkin tiada tarikan intergender berlaku...
sebaik menghampiri wanita tersebut aku melemparkan senyuman yang menyebabkan beliau menahan aku seperti mahu member sesuatu...
sesuatu yg pada aku patut dikongsikan dengan dunia...
beliau menyampaikan aku sekeping ketas berukuran sebesar suratkabar kosmo 4 halaman bercetak dilipat dua...
bersungguh beliau cuba bercerita pada aku akan apa yang cuba disampaikan kepada dunia...
seolah2 akulah pengantara antara dia dan dunia...
wajahnya mengharapkan sesuatu dari aku...
tidak berhenti2 mengharapkan aku supaya berkongsi dengan org lain akan cerita ini...
sambil menunjukkan laman web yang terpapar pada lampiran akhbar itu kepada aku supaya aku mendapat gambaran lebih jelas...
beliau cuba bertutur dalam bahasa inggeris dengan aku...
pelat lidahnya aku dapat tahu yg die bukanlah warganegara Malaysia...
kalau die warganegara Malaysia sudah pasti dia bertutur bahasa melayu dengan aku...
sudah semestinya beliau warganegara China kerana beliau mempertahankan hak2 dan nasib orang Cina di negara China yang tertindas oleh kerajaan sendiri...
beliau mewakili persatuan Falun Dafa...

1.Falun Dafa berasal di utara China diperkenalkan pada tahun Mei 1992...
klik sini untuk lebih maklumat lebih lanjut.

2.memperkenalkan 5 set latihan gerak badan.

3.Falun Dafa bukan sejenis agama ataupun fahaman politik tetapi sejenis senaman yang berkonsepkan keharmonian hidup kepada para pelatih dan boleh mengembalikantaraf moral masyarakat.

4.mempunyai seratus juta ahli di lebih 114 buah negara diseluruh dunia.

5.memperoleh lebih 1000 jenis sijil penghargaaan daripada kerajaan2 seluruh dunia.

6.sebelum diharamkan...Falun dafa mendapat sokongan penuh dan pujian dari kerajaan China.

7.oleh kerana pertambahan ahli dari semasa ke semasa betambah secara mendadak melebihi Parti Komunis China,diktator Jiang Zemin bersikap hasad dengki memberi arahan untuk menindas dan mengharamkan Falun Gong pada 20hbJulai 1999.

8.sejak dari itu pelbagai penindasan telah berlaku pada orang yang menganggotai pertubuhan tersebut...wanita ditahan oleh polis dan dirogol serta diseksa...diletakkan bersama2 banduan lelaki dalam satu penjara yang sama...peserta lelaki juga diseksa begitu teruk dengan buluh runcing...bayi 8bulan diseksa dengan menggantungkannya secara terbaik sehingga mati bersama ibunya...

9.sejak julai 1999 seramai 3292 orang pelatih falun gong mati diseksa...21 000 org dihantar tanpa perbicaraan...dan ramai lagi...

10. 60 000 orang telah mengalami transplanstsi tanpa kerelaan semata2 memenuhi kehendak pasaran organ dalaman untuk pasaran gelap...organ didapati dari tubuh mayat yang telah mati di seksa oleh Parti Komunis China...itulah punca mengapa China merupakan pembekal organ dalaman terbesar didunia.
maklumat lanjut sila klik http://cipfg.org/en/index.php?news=230

11.setelah transpantasi berlaku,mayat akan dibakar bagi menghilangkan bukti.itulah punca kepada mangsa penjara hilang gagal dikenalpasti punca kehilangan.Sesetengah dibakar secara hidup2 setelah berlaku transplantasi...

melihatkan wajah perempuan itu menceritakan kepada aku aku faham apa yg ingin disampaikan...
penindasan masih berlaku dimuka bumi ini..apakah tanggungjawab anda untuk memberhentikan kekejaman seperti ini?
bersyukur aku lahir di Malaysia yang tidak sekejam itu...
aku juga insan kecil yang tak berdaya..sekadar berkongsi kisah supaya akan ada pihak2 kuat yang mampu berbuat sesuatu...
p/s:wanita China itu pasti gembira jika tahu aku menghebahkan cerita ini pada dunia....

Wednesday, March 10, 2010

Cinta Ringgit Malaysia


harini aku just nak bercerita tentang duit....

ramai orang sekarang jadi hamba duit...
betul x???
ble sebut duit aku teringat lagu hattan...
duit duittttt dimana kau duitttt...??mesti korang pernah dengar lagu tu kowt...
ada satu lg lagu yg sebut pasal duit tapi hati aku sgt terhibur kalau dengar lagu tu....lagu M.Daud Kilau...tajuk "gila judi"
macam ni lagunya...
"banyak orang gila judi 2x....hai judi merosak diri...banyak yg setengah mati.....
haii 1 ringgittt 2 ringgitt 3 ringgit ammmmpatttttt ringgit lah limaaaaaaaaaaaaaa~ ringggggiiitttttttt~*tarikkk panjang*
hahahhahaha
kelakar betul lah lagu tu tp penuh nasihat.....bgus untuk didengar oleh si kaki judi...

tp apa yang sedang melanda aku sekarang ialah kegilaan untuk mencari duit RM yg ada special note...
macam contoh dalam gambar ni...
yang duit RM 50 tu....
cube tgk no siri duit tu.... RM 8888888...hahahaha
gila lah kan???
dan aku xmampu lah nak memiliki duit tu...sekadar save gambar jelah...
hahahahha
menarikkan hobi aku ni???
and lately ni setiap kali nak wat bayaran kat kaunter xkira lah mana2...kat shopping mall ke... warung ke... kedai makan ke ....tuan umah datang kutip sewa umah ke...Bangla kerja stesyen minyak mintak duit minyak ke...abang jual tisu sengau "bang tishuuuu dhuaaa shengget" ker...yang firstttttt skali aku akan cek no siri duit aku tu sebelum hulur...hahahahaha
ni ada satu kisah...
haritu duit las dalam wallet aku ada rm10 no siri ZC aku suh sukun simpan...hasrat nak lelong tp malas....duit kertas no siri start Z ialah duit tambahan yg dikeluarkan oleh BNM semasa kekurangan matawang dalam pasaran money market...so duit kertas yang bernombor sirikan Z mmg rare korang akan jumpa....

apa yg dapat disimpulkan?
aku pun xpasti...
tp yang penting berbelanjalah mengikut keperluan..jgn kedekut sgt...jgn simpan duit...berbelanja lah supaya ekonomi Malaysia akan terus meningkat maju...korang peram duit bawah bantal pun bukan boleh beranak...simpan lah wang di institusi yang sah dan berlesen...BUKAN DENGAN SKIM MLM TG TIDAK MENJAMINKAN...kalau simpan duit je pun akan menyebabkan inflasi...
seimbangkan lah perbelanjaan anda....

tetapi ...
apakah kegilaan yang sedang melanda diri aku ini???
dapat korang jelaskan kat aku?
p/s:aku ada simpan duit kertas rm 1 yg lame sebanyak 5 keping dalam wallet aku...dan juga beberapa duit kertas lama...

Sunday, March 7, 2010

Have you meet Sangeetha, Vijay, Sharlini, Carol and Jenny ???


halooooo everyone...

just now aku baru balik dr hangout bersama mereka....
harini aku nak bercerita tentang rakan2 baru aku...
mereka adalah kawan2 kepada Atikah Selamat...
siapa Atikah Selamat???
Atikah Selamat merupakan pelajar jurusan kewangan yg merupakan rakan kepada Sukun.
Siapa pula Sukun???
Sukun merupakan hausmate aku merangkap roomate aku juga lah...
kami tidur sekatil setiap hari...*jangan salah anggap kerana kami tidur di master bedroom yg ada tilam queensize ... so kami berkongsi tilam yerr....
hmmmmm...
walaupun kadang2 aku tido kat sofa luar xbermakna aku xlayak digelar roomate die ok....
tatapi tuan2 dan puan2 sekalian hadirin hadirat semua itu bukanlah topik yang mahu aku kongsikan pada waktu malam begini...
kembali kepada 5 orang sahabat baru aku...
mereka merupakan bekas pelajar sekolah methodist girls school melaka...
kebetulan yg sama antara aku dan mereka ialah aku juga tamat sekolah dari sekolah yg sama aliran dengan mereka yakni satu jantina:HIGH SCHOOL.
pertemuan bermula dengan melepak di sebuah cafee bernama "elephant" (*aku x pasan sgt la name cafe tu) dan berlanjutan ke kedai makan Limbongan Kota Laksamana...
dan akhirnya telah wujud titik persahabatan antara kami semua...
ternyata ada keserasian antara kami dan sebenarnya inilah yang boleh dikatakan antara usaha2 kearah menjayakan konsep 1 Malaysia...
kami begitu selesa berkomunikasi antara 1 sama lain...
saling menghormati antara 1 sama lain...
antara yg menarik ingin aku kongsikan ialah...
aku akhirnya dapat berkenalan dgn seorang gadis berketurunan Baba Nyonya...!!
Carol merupakan gadis kacukan Baba Nyonya dan Bidayuh(sebelah ayah dia)...
petah bertutur dalam Bahasa Melayu...
dan orangnye sangat cool:))
sebenarnya semua pun cool jugak !!!
tapi sebab kuat Carol jd special ialah antara wish lists aku adalah nak berkenalan dengan seorang gadis Baba Nyonya dan seorang gadis keturunan Portugis sementara aku belajar kat Melaka ni...
Itu yg aku teruja sikit:))
so lepas ni aku akan try mencari seorang rakan yg berketurunan Portugis untuk fullfill another wishlists aku...
harap2 adalah nanti antara pembaca blog aku ni seorang Portugis....
hehehehehe...
berikut adalah rantaian persahabatan aku dan mereka...
aku>>>sukun(hausmate aku)>>>tika(classmate sukun)>>>Sangheeta, Sharlini, Vijay, Jenny, Carol(ex-schoolmate tika)
kesimpulannya berbuat baiklah kepada semua tanpa kita perlu membeza-bezakan siapa orang tu...
belajar menerima dan menghormati orang lain...
pasti akan timbul keserasian...
hasilnya pasti kita akan bertambah ramai kawan dan boleh hidup dengan gembiraaaa...
its nice to meets u guys Sangheeta, Sharlini, Vijay, Jenny, and Carol !!! :))
korang memang best!!!

Saturday, March 6, 2010

saya berazam menjadi blogger sepenuh masa.

saya berazam mulai hari ini...

untuk sentiasa mengemaskini segala rutin kehidupan saya disini...
mari kita mulakan dengan bismillahhirrahmannirrahimmmm:))
*hujan lebat turun dengan tidak semene2nya...
6/3/10 2.25am