ikan kelaparan...please feeds them by clicks inside the pool...

Saturday, November 8, 2008

begitu mudah/susah untuk kahwin???

KOTA BHARU: Pelakon baru, Nurzuraifa Zulkifli, 19, yang dijanjikan kereta mewah bernilai RM1 juta sebagai hadiah perkahwinan selamat mengikat pertunangan dengan ahli perniagaan Dr Che Rozmey Che Din, 40, di sini, petang semalam.

Pertunangan berlangsung tidak sampai seminggu selepas perkenalan Ahad lalu apabila Nurzuraifa dan keluarganya mengunjungi kediaman Dr Che Rozmey di Jitra, Kedah kerana ahli perniagaan itu mahu mencari calon isteri selepas kematian isterinya, September lalu.

Majlis pertunangan yang diadakan di rumah Nurzuraifa di Pengkalan Chepa, di sini, berlangsung sederhana tetapi meriah dengan kehadiran keluarga kedua-dua pihak termasuk dua daripada tiga anak Dr Che Rozmey yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM).


Nurzuraifa atau lebih dikenali dengan panggilan Effa menerima lima dulang hantaran, manakala pihak lelaki dibalas tiga dulang hantaran. Majlis perkahwinan dijangka diadakan di Alor Star, 5 Disember depan.


Sebelum ini, akhbar melaporkan, Dr Che Rozmey akan menghadiahkan kereta Mercedes-Benz CLS 350 bernilai RM1 juta serta wang hantaran RM20,000 sebagai tanda perkahwinan yang akan diserahkan pada hari pernikahan mereka.

Dr Che Rozmey yang juga Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Jitra kehilangan isteri, Noor Halawiah Abdullah Shukri, 39, yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kelab Golf Darulaman, 25 September lalu.

Ketika ditemui, Nurzuraifa berkata, beliau tidak menyangka perkenalan singkat dengan Dr Che Rozmey Ahad lalu terus menerbitkan perasaan cinta mendalam sehingga mengikat tali pertunangan.

Katanya, sikap tunangnya yang merendah diri dan tidak angkuh membuatkan beliau yakin ahli perniagaan itu mampu menjadi suami yang soleh dan membimbingnya kelak.

"Selepas kahwin, saya akan berhenti berlakon kerana ingin memberi sepenuh perhatian kepada keluarga termasuk tiga anak tirinya. Walaupun bakal bergelar isteri pada usia muda, saya sudah bersedia dan akan memberi sepenuh kebahagiaan kepada keluarga," katanya yang pernah membintangi beberapa drama termasuk Akademi Polis dan Seharum Kasturi.

Sementara itu, Dr Che Rozmey, berkata beliau tertarik memperisterikan Nurzuraifa selepas mendapati gadis itu menepati ciri-ciri wanita pilihannya iaitu lemah lembut, penyayang serta pandai mengambil hati tiga anaknya.

"Walaupun perbezaan umur begitu ketara, saya yakin kami mampu mengecapi kebahagiaan sebagai suami isteri dan akan membimbingnya supaya menjadi isteri solehah dan mampu menjaga ketiga-tiga anak saya," katanya.
Berita Harian 08/11/2008
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

agagagaga.....
atas dasar apa sbnar nye perkahwinan ini dijalan kan?
hal2 sebegini la yang menambahkan lg ketakutkan para bujang2 diluar sana...
isu nye disini ada 2....
1.adakah jumlah hantaran akan mempengaruhi nilai cinta mereka?
2.kemanakah hala tuju 'bachelor2' diluar sana jika semua duda mggunakan teknik pilihan jodoh yg sama?

ble terbaca artikel ni maka aku teringat akan madah pujangga orang lama bahawa cinta xdapat dijual beli...
tp dimanakah letak nye kejujuran dalam madah itu?
sememangnye lumrah alam, manusia tertarik kepada benda yg banyak dan besar...
dalam 100% brapa percentage yang sanggup menolak jalan untuk mengecap kemewahan?
hmmmmm ble mata dikaburi wang haluan kita turut terkabur....
bukan lah niat aku nak menuduh si perempuan(aku pun x pasti siapa wanita tu walaupun dkhabarkan dia adalah artis) dalam artikel tu mata duitan tp ini hanya la tafsiran minda aku yang menjerit2 supaya aku berfikir sejauh mana rasionalnya dalam perkahwian itu...
mampukah kukuh ikatan itu bertahan dengan lama?
adakah hubungan itu seperti hubungan graph yang berkadar langsung...
bla paksi x berkurang ia menyebab kan nilai paksi y juga merudum?
hmmmmm seharusnya bukan wang dijadikan sandaran sebalik nye keberkesanan perkahwinan itu dan nilai2 yang akan diterapkan dan dipraktikan kelak harus dpertimbang kan...

merujuk kepada isu ke2 pula....
nampak seakan2 sinikal tetapi jika gelombang teori yang sama digunakan oleh semua duda maka???
melopong la bujang2 sehingga ke tua...
hahahaha
bkan sekali 2 kita dikejutkan dengan berita begini...
dulu cik siti nurhaliza kita pun sama...
mungkain kah cara ini menjadi TREND masa kini...
lelaki tua bersama perempuan muda???
kalau orng2 tua kampung ada berbunyi "dah macam anak ngan bapak"
tu orang kater la...bukan aku sebab aku orang muda...
boleh la diterima logik yang lelaki tua lebih matang dan berpengalaman...
tp xperlula tggu smpai ke tua bru nak bnyak pengalaman
sbab ada gak yang muda turut berpengalaman dan matang.....
kan dijadikan manusia bervariasi...???
hmmmm jadi ape yang dapat kita rungkai?
isu ini sensetif untuk diperkatakan kerana mungkin menyinggung perasaan para pemimpin2 keluarga...
jadi aku sekadar berkata bagi mewakili golongan status single tp bujang...
bkan single tp duda...
agagagagaga...
adakan beza nye????
berbalik kepada ajaran agama...

1.rezeki...
2.ajal/maut...
3.jodoh...

semuanya telah ditetapkan sejak luh mahfuz lg...
=)

1 comments:

Taz Jaafar said...

biase la tu pompuan. hehe.